[VIDEO] ‘Sampai karpet kena tukar, bau tidak tahu macam mana’

14 Sep 2026 • 2:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Sampai karpet kena tukar, bau tidak tahu macam mana’

PETALING JAYA – Insiden seorang atlet wanita yang dipercayai tercirit ketika sedang bertanding dalam kejohanan Hyrox di Beijing, China mencetuskan kecoh di media sosial apabila penganjur dilaporkan terpaksa menggantikan karpet pertandingan.

Rakaman kejadian itu tular selepas atlet berkenaan dilihat tetap meneruskan perlumbaan meskipun dipercayai mengalami masalah membuang air besar ketika beraksi.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna @Haihuihey mempersoalkan mengapa atlet terbabit dibenarkan meneruskan pertandingan selain menyuarakan kebimbangan mengenai aspek kebersihan.

“Kecoh mengenai Hyrox Beijing apabila terdapat peserta yang dipercayai tercirit ketika pertandingan berlangsung.

“Persoalannya, adakah peserta tidak sepatutnya dibatalkan penyertaan dalam keadaan seperti ini? Tambahan pula, pertandingan berlangsung di kawasan tertutup,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, pengguna sama turut berkongsi rakaman menunjukkan beberapa petugas sedang mengangkat dan menggantikan karpet di kawasan pertandingan yang didakwa terjejas susulan insiden berkenaan.

Kejadian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempertikaikan keputusan membenarkan atlet tersebut meneruskan perlumbaan atas faktor kebersihan.

“Ini sangat menjijikkan. Tidak kira sama ada dia atlet profesional, pemenang podium atau ditaja oleh sesiapa sekali pun, tindakan seperti itu sangat mementingkan diri sendiri,” kata @Intanmoer.

Seorang lagi pengguna, @Withlovesyafira menyifatkan keadaan tersebut sebagai risiko biologi dan mendakwa layanan terhadap atlet terbabit mungkin berbeza sekiranya melibatkan individu daripada latar belakang lain.

“Dia pada dasarnya seperti risiko biologi yang bergerak. Jika perkara sama dilakukan individu bukan berkulit putih, mungkin ramai akan menganggapnya menjijikkan dan menuntut pembatalan penyertaan.

“Namun, apabila perkara itu berlaku dalam situasi ini, ia sebaliknya dianggap sebagai satu bentuk keazaman dan inspirasi,” katanya.

Susulan kontroversi tersebut, Hyrox World dalam kenyataan rasmi mengakui berlaku situasi tidak dijangka ketika pertandingan di China sehingga menimbulkan kekeliruan dalam pelaksanaan prosedur berkaitan pencemaran biologi dan perubatan.

“Hyrox mempunyai prosedur yang jelas berkaitan pencemaran biologi dan perubatan. Bagaimanapun, dalam kejadian ini berlaku situasi tidak dijangka apabila protokol bagi pertandingan elit dan penyertaan umum bertindih sehingga menimbulkan kekeliruan mengenai cara ia dilaksanakan dan difahami,” katanya.

Menurut penganjur, pihaknya memahami kejadian tersebut menimbulkan rasa kecewa, persoalan serta pandangan keras dalam kalangan komuniti dan berjanji meneliti apa yang berlaku bagi menambah baik prosedur sedia ada. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Sampai karpet kena tukar, bau tidak tahu macam mana’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved