Peserta Himpunan Daulat Tuanku berarak ke pejabat SUK Selangor

LocalPolitics
16 May 2026 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peserta Himpunan Daulat Tuanku berarak ke pejabat SUK Selangor
Orang ramai mula berkumpul di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena Himpunan Daulat Tuanku sebelum bergerak ke pejabat SUK Selangor pada Sabtu
Image from: Peserta Himpunan Daulat Tuanku berarak ke pejabat SUK Selangor
Anggota Jabatan Amal juga yang ditempatkan sepanjang himpunan berlangsung bagi memastikan keselamatan peserta serta mengelakkan sebarang provokasi.
Image from: Peserta Himpunan Daulat Tuanku berarak ke pejabat SUK Selangor
Sebahagian daripada peserta yang hadir sempena Himpunan Daulat Tuanku sebelum bergerak ke pejabat SUK Selangor pada Sabtu

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Sabtu dipenuhi dengan peserta yang mengenakan baju berwarna merah dan kuning tertulis 'full stop' sambil melaungkan 'Allahu Akbar' ketika perarakan Himpunan Daulat Tuanku.

Perarakan dari masjid berkenaan ke pekarangan pintu utama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor itu dibuat sebagai tanda solidariti serta ikrar taat setia terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan kontroversi membabitkan titah baginda baru-baru ini.

Peserta himpunan dilihat memenuhi pekarangan masjid seawal jam 4 petang tadi dan menunaikan solat Asar berjemaah terlebih dahulu sebelum bergerak ke Pejabat SUK Selangor beramai-ramai.

**media[3522779]**

Difahamkan, kira-kira 500 peserta termasuk penyokong beberapa parti politik dijangka menyertai himpunan tersebut.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar sebelum ini berkata, himpunan itu mendapat sokongan beberapa parti politik termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malah, kata beliau, UMNO turut menzahirkan pendirian dalam beberapa siri kenyataan sebelum ini.

Sekretariat himpunan itu juga terdiri daripada Pemuda Pas Selangor bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan bukan Islam (NGI).

Beliau mendakwa, tindakan beberapa pemimpin DAP yang terus membangkitkan isu berkaitan penternakan babi di Selangor disifatkan sebagai tidak menghormati titah Sultan Sharafuddin.

**media[3522780]**

Menurutnya, pihak penganjur sudah membuat pemakluman kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor berhubung penganjuran himpunan berkenaan mengikut lunas undang-undang.

Beliau memaklumkan, anggota Jabatan Amal juga bakal ditempatkan sepanjang himpunan berlangsung bagi memastikan keselamatan peserta serta mengelakkan sebarang provokasi.

View Original Article