“Pet lover je tau”- Terus Cari & Peluk Kucing Lepas Kemalangan, Wanita Tak Kisah Keselamatan Diri

Entertainment
27 Oct 2022 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memiliki haiwan peliharaan ini pastinya membuatkan tuan akan berikan yang terbaik buat haiwan tersebut kerana dah boleh dianggap ia sebahagian daripada nyawa kita.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Penang terlibat dalam satu kemalangan. Orang ramai yang berada berhampiran dengan lokasi tersebut bergegas ke arah mangsa dan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dia alami.

Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah, kata-kata yang keluar daripada mulut mangsa.

“Saya tak kisah pun pasal diri saya, saya cuma fikir kucing.”

Menurut Sin Chew dan WORLD OF BUZZ, wanita tersebut dikatakan hilang kawalan ketika ingin membelok di bahagian pembahagi jalan sebelum tersondol laluan pejalan kaki dan jatuh ke padang.

Dengan bantuan orang-orang prihatin, dia akhirnya berjaya keluar dari kereta sambil memeluk kucingnya. Biarpun mangsa tidak alami kecederaan, dilihat keadaan keretanya remuk teruk. Mangsa kemudiannya dibawa pergi oleh ahli keluarganya.

image is not availableimage is not available

Insiden ini membuatkan netizen rasa terharu terutamanya kepada pencinta haiwan peliharaan. Bagi mereka, mungkin mereka akan melakukan tindakan yang sama jika perkara ini terjadi kepada mereka.

 

Kucing pun family juga – Netizen

image is not available
Takut kucing tu cedera juga. Saya pun akan buat benda sama sebab binatang tu tak tahu apa-apa. Ini tak pelik pun, dia sayang sangat kucing dia

image is not available
“kucing pun sebahagian daripada keluarga jugak, konsep dia sama macam ‘aku tak kisah pasal diri aku, yang penting anak aku'”.
“saya ada 3 kucing dan saya akan buat benda yang sama. Sebagai pencinta kucing, saya boleh katakan reaksi dia tu sangat common. ”

Malang tak berbau, nasib baiklah mangsa dengan kucing dia tak ada apa-apa, tapi min sebagai pet owner pun akan utamakan kucing dulu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.