“Asbab kita ke syurga” – [VIDEO] Netizen Terharu Lihat Jiran Selamatkan Anjing Kelaparan Lepas Tuan Pindah

Entertainment
11 Oct 2022 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila bercakap pasal haiwan peliharaan mesti ramai yang terbayang kucing ataupun anjing yang comel dan manja, tetapi kita perlu sentiasa ingat yang haiwan peliharaan ni adalah amanah yang diberikan kepada kita.

Kita kena bertanggungjawab terhadap haiwan tersebut sampai bila-bila, ini termasuk menjaga makan dan minum mereka, menyediakan tempat tinggal dan menjaga kebajikan haiwan itu.

Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang sanggup meninggalkan haiwan ini tanpa rasa belas kasihan.

Baru-baru ni telah tular sebuah video yang menunjukkan seekor anjing yang diikat pada grill pintu sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan. Perkara yang menyedihkan adalah keadaan anjing tersebut yang kelihatan kurus dan tidak terurus.

Oleh kerana kesian melihat keadaan anjing tersebut, wanita itu memberikan beberapa ketulan ayam goreng dan juga semangkuk susu. Dia terkejut kerana dikatakan sebelum ini anjing itu mempunyai bulu yang sangat cantik dan terurus.

Setelah memberi makanan dan minuman kepada anjing itu, dia bertindak menelefon pasukan keselamatan haiwan untuk membantu menguruskan anjing tersebut.

Anda boleh tengok video asal di sini.

Rata-rata netizen terharu dengan tindakan wanita tersebut dan berterima kasih kerana menyelamatkan anjing tersebut.

image is not available

Kalau kita mempunyai haiwan peliharaan, kita kena selalu beringat untuk mejaga mereka dengan baik, mereka pun makhluk ciptaan Allah juga..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.