Petaling antara tujuh daerah diramal ribut petir hingga 4 petang

12 Oct 2025 • 2:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 4 petang.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya serta seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka selain beberapa daerah di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

MetMalaysia juga meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.