
Kota Kinabalu: Seorang petani berusia 67 tahun didakwa merogol seorang perempuan bawah umur.
Atib Bungong mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada Selasa.
Atib didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun dan sembilan bulan itu jam 2 petang pada Oktober 2021 di kawasan semak di tepi sungai di Kg Merungin 1, Ranau.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 7 Mac tahun ini untuk sebutan dan Atib diperintah direman sementara menunggu tarikh tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman mengendalikan pendakwaan manakala Atib tidak diwakili peguam.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki Filipina dipenjara tiga bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Sabdana Sauna yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Sabdana ditahan pada 26 Jan tahun ini di kawasan bandaraya selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.
Mahkamah memerintahkan Sabdana menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.
Selepas tamat hukuman penjara, Sabdana turut diperintah untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk direkodkan data biometriknya sebelum dihantar pulang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


