Rogol berkumpulan: Tiga diperintah bela diri

7 Feb 2023 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tiga lelaki diperintah membela diri atas pertuduhan merogol secara berkumpulan seorang remaja berusia 18 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu terhadap Mohd Badrul Said Himran, Nasratul Aiman Nasruddin, kedua-duanya berumur 26 tahun, dan Zulhilmi Amdin, 29, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadap ketiga-tiga mereka pada Isnin.

Mahkamah menetapkan 13 Feb untuk pembelaan mereka bertiga.

Mereka didakwa merogol remaja itu kira-kira jam 7 malam 12 Jan 2019 di sebuah rumah di Kg Jawi-Jawi, Kota Belud.

Kesalahan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil 11 saksi semasa perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman manakala tiga tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin.

Mahkamah melanjutkan ikat jamin yang dibayar oleh ketiga-tiga tertuduh sementara menunggu kes mereka selesai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.