Petani mati ditembak ketika jenguk rumah sewa anak

10 Sep 2026 • 3:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Petani mati ditembak ketika jenguk rumah sewa anak

SHAH ALAM – Hasrat seorang petani melihat keadaan rumah sewa anaknya yang tidak berpenghuni bertukar tragedi apabila dia maut ditembak di hadapan kediaman tersebut di Teluk Bunut, Banting, Kuala Langat di sini kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku antara pukul 10.30 hingga 11 malam dengan mangsa berusia 52 tahun dipercayai mati di lokasi kejadian selepas ditembak lebih satu das tembakan pada anggota badannya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berada di lokasi berkenaan untuk melihat keadaan rumah sewa anaknya.

“Mangsa dipercayai datang untuk melihat rumah tersebut sebelum ditembak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Tambahnya, setakat ini polis masih belum dapat menentukan motif kejadian tersebut kerana tiada saksi mata yang melihat insiden tersebut.

“Kejadian berlaku lewat malam dan sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta motif kejadian. Tiada senjata yang ditemui setakat ini. Bagaimanapun, kita sudah mengenal pasti kemungkinan pihak yang terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an di sekitar Banting malam tadi.

“Suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun polis masih belum dapat memastikan sama ada lelaki itu merupakan suspek utama atau sebaliknya,” jelasnya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Petani mati ditembak ketika jenguk rumah sewa anak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved