Petani Tanam 80 Ekar Bunga Matahari Sebagai Kejutan Untuk Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Entertainment
6 Aug 2023 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk anda yang telah mendirikan rumah tangga, apa hadiah yang paling sweet yang pernah korang dapat daripada pasangan korang ketika hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan?

Seorang lelaki di Kansas, Amerika Syarikat, pula telah menanam bunga matahari di 80 ekar tanah sebagai hadiah istimewa untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.

Memetik laporan Insider, Lee Wilson memutuskan untuk menanam bunga matahari kerana isterinya memang menyukai bunga tersebut.

Difahamkan, Lee sebelum itu telah merahsiakan kejutan itu dari isterinya, jadi dia telah meminta bantuan dari anak lelakinya untuk menanam pokok bunga itu pada Mei lalu.

Menurut Lee, dia menganggarkan terdapat lebih kurang 1.2 juta bunga matahari di tanah tersebut.

image is not available

Manakala isteri Lee yang dikenali sebagai Renee pula berkata kepada pemberita bahawa hadiah kejutan tersebut telah membuatkannya berasa sangat istimewa di mata suaminya.

Lagi sweet, rupanya, pasangan ini berkenalan ketika sekolah menengah lagi.

Pokok bunga matahari yang memenuhi tanah itu kemudiannya telah menarik pelancong dari seluruh negeri.

Namun, pasangan itu tidak mempunyai rancangan untuk menanam bunga-bunga itu lagi pada tahun hadapan.

Rata-rata netizen kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Lee untuk memberikan kejutan kepada isterinya itu.

Memang sweet! Kita dapat satu jambangan bunga pun dah happy, apatah lagi kalau dapat lebih sejuta bunga matahari kan.

Sumber: Insider

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.