Peter Cullen, Pelakon Suara Optimus Prime Meninggal Dunia

EntertainmentMovie
28 Aug 2026 • 8:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peter Cullen, pelakon yang menyumbangkan suara beliau untuk watak ikonik Optimus Prime meninggal dunia 26 Ogos lalu tetapi kematian beliau hanya diumumkan lewat malam semalam pada usia 85 tahun di Los Angeles. Sejak 1984, hampir semua watak Optimus Prime di layar perak dan TV menggunakan suara beliau.

Image from: Peter Cullen, Pelakon Suara Optimus Prime Meninggal Dunia

Cullen memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1964 sebelum meminjamkan suara kepada watak King Kong pada tahun 1976. Beliau kemudian menjadi pelakon suara sepenuh masa dengan penglibatan dalam siri animasi Spider-Man and His Amazing Friends, Winnie The Pooh, Pac Man, Voltron Defenders of The Universe, Dungeons and Dragons, G.I Joe, Spawn dan banyak lagi.

Pendek kata jika anda menonton siri animasi popular sejak 1970an sehingga sekarang, anda pernah mendengar suara garau mendiang yang sangat mudah dikenali.

Selain animasi, beliau juga menjadi pelakon suara watak Predator dalam filem bersama Arnold Schwarzenegger, Mogwai dalam filem Gremlins, kereta K.A.R.R dalam siri Knight Rider dan siri filem Transformers sejak 2007.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved