
PETALING JAYA – Ibu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin iaitu Mariam Kassim dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dikongsikan beberapa sahabat politik beliau menerusi hantaran di media sosial.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan takziah kepada Hamzah yang juga Presiden Wawasan atas pemergian ibunya.
Anwar berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendoakan agar Hamzah terus kuat dan tabah menghadapi dugaan tersebut.
“Salam takziah buat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Mariam Kassim.
“Saya dan Azizah mendoakan saudara Hamzah terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, Anwar juga mendoakan agar roh Allahyarhamah diampunkan segala dosa serta ditempatkan di tempat yang istimewa di sisi Allah.
“Semoga roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya serta diberikan tempat yang istimewa oleh-Nya. Al-Fatihah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Ibu Hamzah Zainuddin meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.





