Peti Sejuk Manusia Dijual Di Jepun Bagi Menentang Suhu Musim Panas Melampau

WorldTechnology
4 Aug 2026 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Musim panas di Jepun tahun ini mencatatkan suhu sehingga 45°C yang menyebabkan kes strok haba dan kematian meningkat. Di Eropah, jualan pendingin hawa melonjak juga disebabkan gelombang suhu panas luar biasa disebabkan perubahan iklim. Di Jepun, bagi menentang suhu panas ini, peti sejuk manusia telah mula dijual.

Image from: Peti Sejuk Manusia Dijual Di Jepun Bagi Menentang Suhu Musim Panas Melampau

Peti sejuk manusia Do Hiemon Box (kotak super ejuk) dijual oleh syarikat Trusco yang menghasilkan mesin gedegang di Jepun. Ia dicipta selepas Jepun mencatatkan suhu musim panas tertinggi tahun lalu sehingga puncak Gunung Fuji tidak mempunyai salji di bulan November buat pertama kali dalam sejarah.

Kotak boleh menempatkan seorang individu dengan suhu dalaman sekitar 15°C. Tahap suhu dan tetapan kipas mempunyai tiga tetapan yang boleh diubah. Sistem penyejukan akan terhenti secara automatik selepas 20 minit apabila individu di dalam bagi mengelakkan mereka beku.

Image from: Peti Sejuk Manusia Dijual Di Jepun Bagi Menentang Suhu Musim Panas Melampau

Trusco menyasarkan Do Hiemon Box diletakkan di tapak konsert, tapak pembinaan, ladang, dan kawasan dengan ramai pengunjung sebagai lokasi menyejukkan tubuh dengan segera bagi mengelakkan strok haba. Harga jualan tidak pula dinyatakan di laman rasmi Do Hiemon Box.

Jepun ialah negara yang gemar mencipta produk di luar kotak. Tahun lalu mesin basuh manusia Mirai Ningen Sentakki dijual di negara tersebut bagi mereka yang malas atau memerlukan bantuan untuk mandi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved