Bekalan Makanan Boleh Terganggu! Peti Sejuk Beku Puluhan Pasar Raya Di Eropah Bertukar Panas Akibat Serangan Siber

WorldTechnology
3 Nov 2026 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

serangan siber eropah

Gempar! Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan terjejas akibat serangan siber yang menyasarkan peti sejuk dan peti beku mereka.

Menurut sumber, kira-kira 40 pasar raya Delhaize di Belgium dan Luxembourg terjejas, manakala sebilangan lagi premis di Sweden, Ireland, Belanda, Estonia dan Finland turut mengalami serangan serupa.

Syarikat pengeluar peti sejuk dari Belgium, Sabcobel, memaklumkan serangan itu dipercayai menggunakan kaedah sama seperti insiden yang berlaku di Perancis pada Oktober lalu sehingga menyebabkan ratusan pasar raya terpaksa membuang makanan bernilai jutaan euro.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabcobel, Stephan Moelans, mengesahkan insiden berkenaan merupakan serangan siber. Penggodam dipercayai telah mengubah tetapan sistem penyejuk kepada mod nyahbeku, menyebabkan suhu peti sejuk dan peti beku meningkat sehingga mencecah 50 darjah Celsius.

kk

Difahamkan, kebanyakan pasar raya di seluruh Eropah disambungkan dengan internet bagi membolehkan kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan sistem dilakukan secara dalam talian.

Susulan kejadian itu, syarikat berkenaan terpaksa memutuskan sambungan unit yang terjejas daripada rangkaian bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, pihak berkuasa keselamatan siber Belgium dan Sweden dilaporkan sedang memantau perkembangan insiden berkenaan. Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan UK juga bekerjasama dengan pihak antarabangsa untuk menyiasat kejadian tersebut.

Pada masa sama, Kesatuan Eropah (EU) menyifatkan kejadian terbabit sebagai tindakan yang disengajakan untuk mengganggu rantaian bekalan makanan di rantau tersebut.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden terbabit mahupun serangan yang berlaku di Perancis pada bulan lalu.

Sumber: BBC, Mediacorp sg

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved