Penggodam Sasar ‘Freezer’ Pasar Raya Di Beberapa Negara Eropah, Suhu Naik Seperti ‘Ketuhar’

WorldTechnology
3 Nov 2026 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ratusan pasar raya di Eropah dilaporkan terjejas akibat serangan siber yang menyasarkan sistem penyejukan sehingga menyebabkan suhu peti sejuk dan peti sejuk beku meningkat secara mendadak.

Kejadian yang berlaku pada Isnin itu melibatkan beberapa negara termasuk Belgium, Sweden, Ireland, Finland, Estonia, Luxembourg, Belanda dan Portugal.

Advertisement

‘Freezer’ pasar raya kena ‘hack’

Difahamkan, penggodam dipercayai memanipulasi sistem kawalan suhu dari jarak jauh sehingga ada peti sejuk beku mencatatkan suhu setinggi 50 darjah Celsius, sekali gus menyebabkan sejumlah besar bekalan makanan rosak dan terpaksa dibuang.

Antara rangkaian pasar raya yang terjejas termasuk Carrefour, Delhaize, Coop, ICA dan SuperValu, selain sebuah cawangan IKEA di Belgium.

Insiden tersebut berlaku kira-kira tiga minggu selepas serangan serupa melanda ratusan pasar raya di Perancis pada 12 Oktober lalu.

freezer pasar raya eropah digodam

Rusuhan, protes di Perancis dan Eropah

Pesuruhjaya Makanan dan Pertanian Kesatuan Eropah (EU), Christophe Hansen menyifatkan kejadian berulang itu sebagai sesuatu yang amat membimbangkan.

Ia merupakan cubaan yang disengajakan untuk mengganggu rantaian bekalan makanan kita dan menjejaskan keyakinan pengguna, satu amaran yang perlu dipandang serius.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Belgium telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut, manakala beberapa premis yang terjejas sudah mengambil langkah memulihkan sistem penyejukan masing-masing.

staf pasar raya di bahagian peti sejuk beku

Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah

Kebanarakn2026-08-24 11:43:44

“Jangan Hanya Protes, Bantu Sekali” - MP Indonesia Gesa Malaysia & Singapura Turut Bantu Tangani Jerebu

The post Penggodam Sasar ‘Freezer’ Pasar Raya Di Beberapa Negara Eropah, Suhu Naik Seperti ‘Ketuhar’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved