Peti Sejuk Pasaraya Perancis Digodam – Menyebabkan Kerosakan Dan Pembaziran Makanan

WorldTechnology
13 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini, ia tidak begitu mengejutkan untuk mendengar pengenalan kelengkapan-kelengkapan elektrik seperti peti sejuk yang hadir dengan sambungan ke internet dan boleh dikawal menggunakan aplikasi. Akan tetapi, kemudahan sebegini dilihat akan memperkenalkan kerentanan keselamatan baru, dan itulah apa yang telah dihadapi oleh sebuah syarikat rantaian pasaraya di negara Perancis.

Pasaraya Intermarche di Perancis baru-baru ini dilaporkan telah digodam oleh sekumpulan penggodam yang nampaknya telah mendapatkan akses kepada rangkaian dalaman syarikat tersebut. Akses ini dilaporkan membolehkan kumpulan penggodam untuk mengakses sistem penyejukan 150 lokasi Intermarche di seluruh Perancis.

Akses kepada sistem penyejukan awanan ini membolehkan penggodam untuk menaikkan suhu peti sejuk pasaraya-pasaraya ini, menyebabkan suhu makanan yang disimpan didalamnya naik sehingga 50 darjah Celcius semalaman menyebabkannya menjadi rosak. Bukan itu sahaja, terdapat juga laporan dimana beberapa lokasi pasaraya tersebut menghadapi kebakaran kerana isu ini.

Image from: Peti Sejuk Pasaraya Perancis Digodam – Menyebabkan Kerosakan Dan Pembaziran Makanan

Laporan Reuters mengatakan bahawa insiden ini bukan sahaja terhad kepada rantaian pasaraya Intermarche. Felix Aime, seorang penganalisa perisikan ancaman siber di Sekoia Threat Detection and Research, berkata Sepanyol, Portugal, Poland, Jerman dan Belgium turut terjejas.

Carrefour menyatakan bahawa 80 pasaraya mereka turut terjejas, manakala Monoprix, yang mengendalikan kira-kira 490 cawangan di Perancis, memaklumkan bahawa 5 peratus daripada cawangan mereka juga telah menghadapi masalah godaman.

Ia juga telah disahkan bahawa peti-peti sejuk pasaraya-pasaraya tersebut telah dibekalkan oleh syarikat perkakasan elektronik Belanda, Danfoss yang masih lagi menggunakan perisian tegar yang lama, dan tidak dikemaskini oleh syarikat-syarikat pemilik pasaraya untuk sekian lamanya.

Les Mousquetaires, syarikat induk disebalik pasaraya Intermarche di Perancis mengatakan bahawa mereka masih lagi sedang menyiasat insiden tersebut dan sedang dalam proses memulihkan pasaraya-pasaraya mereka supaya mereka boleh kembali beroperasi secepat mungkin.  

Sumber: Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved