
Petinju Muda Maut Ditikam Ketika Lindungi Adik Perempuan
Josue David Hernandez, 20, maut selepas ditikam ketika cuba melindungi adik perempuannya dalam satu serangan menggunakan parang di rumah keluarganya pada Selasa lalu.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku ketika Hernandez berada di rumah bersama empat adik perempuannya.
Suspek menyerang secara tiba-tiba dan Hernandez ditikam ketika bertindak mempertahankan salah seorang adiknya.
Pasukan paramedik segera bergegas ke lokasi, namun Hernandez disahkan meninggal dunia akibat cedera parah.
Difahamkan, suspek yang dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan mangsa, masih bebas dan kini sedang diburu pihak berkuasa.
Untuk info, Hernandez dikenali sebagai petinju muda berbakat di Mexico dan dianggap berpotensi besar di peringkat kebangsaan.
Beliau mula menceburi sukan tinju pada usia 10 tahun dan meraih beberapa kejayaan cemerlang dalam kejohanan peringkat remaja, termasuk memenangi beberapa kejuaraan nasional.
Tragisnya, Hernandez sedang dalam persiapan untuk membuat debut profesional sebelum insiden malang itu berlaku.
Jurulatihnya, bekas pencabar gelaran dunia kelas super flyweight, Titan Rodriguez, meluahkan rasa sedih atas pemergian anak didiknya itu.
BACA: “Ada Yang Tak Mahu Saya…”, Mo Salah Kecewa, Akui Hubungan Dengan Arne Slot Sudah Renggang
Sumber: The Sun
The post Petinju Muda Maut Ditikam Ketika Lindungi Adik Perempuan appeared first on Siakap Keli.




