Petinju Rusia Nyaris Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Rai Kemenangan

Entertainment
29 Jun 2025 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang petinju profesional dari Rusia, Ivan Parshikov, berdepan detik mencemaskan apabila terkena renjatan elektrik sejurus selepas memenangi pertarungan dalam acara Weed Boxing di Thailand baru-baru ini.

image is not available

Parshikov, 29, yang juga bekas bintang seni bela diri ONE Championship, ketika itu sedang meraikan kemenangan di atas gelanggang dengan penuh semangat.

Namun kegembiraan itu bertukar ngeri apabila dia cuba memanjat tali gelanggang dan mencapai lampu di tepinya. Tanpa disangkanya, ia menyebabkan seluruh tubuhnya kaku akibat renjatan elektrik.

Memetik laporan Harian Metro, Parshikov terjatuh ke atas kanvas sebelum sempat meneruskan lompatan ke dalam kolam air yang mengelilingi gelanggang berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada gaya sambutan kemenangan acara tersebut.

image is not available

Petinju yang memiliki rekod profesional 16 kemenangan dan lima kekalahan itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Dia diberikan rawatan segera dan kemudian memuat naik semula rakaman kejadian ke akaun Instagramnya.

Penganjur acara belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung aspek keselamatan gelanggang terbabit.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved