Petisyen Bawa Pulang Dara, Amoi & Kelat Raih Perhatian, Lebih 100,000 Orang Sokong

LocalPets
21 Apr 2026 • 2:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Petisyen Bawa Pulang Dara, Amoi & Kelat Raih Perhatian, Lebih 100,000 Orang Sokong

Petisyen Bawa Pulang Dara, Amoi & Kelat Raih Perhatian, Lebih 100,000 Orang Sokong

Isu pemindahan tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun, kini makin hangat diperkatakan.

Malah, satu petisyen telah dibuat di Care2 agar ketiga-tiga gajah itu dikembalikan ke Malaysia.

Setakat artikel ini ditulis, petisyen yang bertajuk Lindungi Gajah Malaysia: Kembalikan Dara, Amoi dan Kelat dan Hentikan Pemindahan Hidupan Liar ke Luar Negara itu telah mencatatkan 106,408 tandatangan.

Sasaran petisyen itu adalah sebanyak 110,000 tandatangan dari orang ramai.

Menurut petisyen itu, gajah-gajah tersebut sebelum ini berada di bawah jagaan Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, iaitu sebuha kemudahan pemuliharan gajah terkenal yang dikhaskan untuk menyelamat, memulihkan dan melindungi gajah di Malaysia.

Image from: Petisyen Bawa Pulang Dara, Amoi & Kelat Raih Perhatian, Lebih 100,000 Orang Sokong
Kredit: FB Tennoji Zoo

"Ramai rakyat Malaysia amat sedih kerana gajah dari pusat pemuliharaan kini telah dihantar ke luar negara untuk tinggal di persekitaran zoo.

"Gajah merupakan haiwan yang sangat bijak, beremosi dan kompleks dari segi sosial yang memerlukan ruang semula jadi yang luas, pengayaan alam sekitar dan ikatan sosial yang kuat dari gajah lain.

"Di seluruh dunia, pakar kebajikan haiwan telah berulang kali membangkitkan kebimbangan serius tentang pemeliharaan gajah di zoo bandar disebabkan oleh penderitaan fizikal dan psikologi yang boleh disebabkannya

"Ramai penyokong hidupan liar bimbang bahawa sebaik sahaja Dara, Amoi dan Kelat tiba di Jepun, mereka mungkin menghabiskan sisa hidup mereka terkurung untuk pameran dan bukannya tinggal dalam persekitaran yang mengutamakan kebajikan, tingkah laku semula jadi dan kesejahteraan jangka panjang mereka," kata petisyen itu.

Dakwa petisyen itu, kebimbangan meningkat kerana isu kebajikan haiwan yang dilaporkan sebelum ini di zoo Jepun.

Image from: Petisyen Bawa Pulang Dara, Amoi & Kelat Raih Perhatian, Lebih 100,000 Orang Sokong
Kredit: Care2

"Contohnya, kes Hanako sebelum ini telah mendapat kritikan daripada penyokong kebajikan haiwan mengenai kebajikan gajah dalam kurungan.

"Di samping itu, terdapat petisyen yang dilancarkan oleh aktivis kebajikan haiwan Jepun dan NGO yang menyeru penutupan pameran gajah di Zoo Tennoji disebabkan oleh kebimbangan mengenai piawaian kebajikan dan keadaan hidup haiwan di kemudahan tersebut," katanya.

Image from: Petisyen Bawa Pulang Dara, Amoi & Kelat Raih Perhatian, Lebih 100,000 Orang Sokong
Kredit: FB Tennoji Zoo

Timbul kebimbangan

Petisyen itu juga memberi contoh beberapa gajah Malaysia yang dihantar ke luar negara sebelum ini seperti Cik Ubi ke Zoo Bandar Kyoto dan Billy ke Zoo Los Angeles.

"Kebimbangan yang didokumentasikan ini telah menimbulkan persoalan serius dalam kalangan rakyat Malaysia tentang sama ada kebajikan Dara, Amoi dan Kelat benar-benar dapat dijamin dalam persekitaran zoo di luar negara.

"Oleh itu, kami dengan hormatnya menyeru kerajaan Malaysia dan Jepun, serta pihak pengurusan Zoo Tennoji, untuk segera mengkaji semula pemindahan ini dan mengutamakan kebajikan jangka panjang gajah-gajah ini," ujar petisyen itu lagi.

Petisyen turut menggesa kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan semula dan menghentikan sebarang program masa depan yang melibatkan pertukaran, pemberian hadiah atau pemindahan hidupan liar Malaysia ke zoo asing, terutamanya apabila haiwan tersebut berasal dari pusat penyelamat atau pemuliharaan.

Baca juga:

"Kami menyeru masyarakat global untuk bersama kami, menyokong petisyen ini, dan menggesa pihak berkuasa untuk mengembalikan Dara, Amoi dan Kelat ke Malaysia," kata petisyen itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching berkata semalam bahawa gajah-gajah itu kekal sebagai milik Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dan tidak melibatkan sebarang pemindahan hak milik atau urus niaga jual beli.

"Ia sebahagian kerjasama rasmi antara Zoo Taiping & Night Safari dan Tennoji Zoo Osaka di bawah konsep sister zoo, yang memfokuskan kepada pemuliharaan, perkongsian kepakaran dan peningkatan standard penjagaan haiwan,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

View Original Article