Petrol: Kerajaan Akan Tarik Balik Subsidi Petrol Yang Dinikmati Warga Asing

LocalPolitics
25 May 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya penarikan subsidi bahan api petrol bukan sahaja disasarkan kepada golongan maha kaya tetapi akan melibatkan kira-kira empat juta warga asing yang selama ini turut menerima subsidi petrol.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelompok itu menikmati antara RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun hasil daripada subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati rakyat Malaysia.

Jadi, mekanisme penyasaran subsidi bahan api yang bakal dilaksanakan kerajaan kelak mungkin akan menggunakan kad pengenalan (MyKad).

image is not available

Sebelum ini ada cadangan naikkan harga minimum bahan api, tetapi saya dan Jemaah Menteri tidak bersetuju. Sebaliknya, yang perlu dibuat adalah naikkan harga bahan api kepada warga asing.

“Mana ada negara di dunia yang memberikan subsidi bahan api kepada warga asing berkenderaan, kepada individu kaya yang memakai kenderaan Rolls-Royce. Oleh itu, saya minta rakyat jangan menolak usaha kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api, mungkin kad pengenalan boleh digunakan,” katanya