Petronas kini pengimport bersih bahan api - Anwar

LocalPolitics
4 Apr 2026 • 7:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar menyampaikan bantuan baik pulih rumah kepada salah seorang penerima selepas merasmikan Program Madani Rakyat 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah,Ipoh pada Sabtu. Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (dua,kanan ), Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (dua,kiri) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri).--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH - Syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini berstatus pengimport bersih (net importer) bahan api dan bukan lagi pengeksport seperti yang difahami sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keadaan itu menjelaskan mengapa Malaysia masih terdedah kepada tekanan bekalan tenaga global, meskipun merupakan negara pengeluar minyak.

"Petronas kini pengimport bersih, kita perlu membeli minyak. Bekalan bagi April dan Mei mencukupi, namun bagi Jun masih belum pasti,” kata beliau ketika merasmikan Program Madani Rakyat 2026 Perak di sini pada Sabtu. 

Anwar berkata demikian bagi menjawab tanggapan bahawa Malaysia tidak sepatutnya berdepan krisis minyak berikutan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata situasi itu memerlukan semua pihak untuk memahami realiti semasa serta bekerjasama mencari penyelesaian bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara. - Bernama