EQUIPO Kern Pharma yang dipilih menggantikan pasukan WorldTeam Cofidis, mahu membuktikan mereka bukan sekadar pasukan gantian walaupun menerima undangan kira-kira enam minggu sebelum bermula saingan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025 (PLTdL25), yang bermula 28 September hingga 5 Oktober depan.

