Proses Gali Kubur Pelatih PALAPES Selesai, Jasad Syamsul Haris Dibawa Ke HKL

LocalPolitics
29 Aug 2025 • 10:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Proses menggali kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor telah selesai kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Difahamkan proses penggalian semula kubur itu sudah bermula sejak jam 8.30 pagi lagi dengan orang ramai termasuklah ahli keluarga mangsa mula memenuhi kawasan luar pintu utama Tanah Perkuburan Islam, Kampung Rincing Hulu, Semenyih seawal jam 7 pagi.

Kawalan ketat pihak polis juga turut dilaksanakan di hadapan tanah perkuburan bagi mengelak orang ramai masuk ke dalam kawasan perkuburan. Ia bagi memastikan proses penggalian dapat berjalan lancar selain mengelak berlakunya kejadian tak diingini.

Sekitar jam 7.45 pagi, ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, dilihat masuk ke pintu utama kawasan tanah perkuburan bagi melihat proses penggalian semula kubur anaknya, Syamsul.

image is not available

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, proses penggalian itu disaksikan oleh pegawai dan anggota dari Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), peguam dan ibu Allahyarham, pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, pakar patalogi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Keranda Allahyarham Syamsul Haris dinaikkan

Hasil pemantauan Astro AWANI, keranda Allahyarham Syamsul Haris kelihatan mula dinaikkan dari tanah perkuburan sekitar jam 9.10 pagi.

Jasad Allahyarham Syamsul kemudian terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat kali kedua.

image is not available

Turut mengiringi van jenazah adalah beberapa kenderaan PDRM melibatkan motosikal dan kereta peronda.

Terdahulu, Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris iaitu Ummu Haiman Bee.

Katanya, proses menggali semula kubur Syamsul Haris bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.