PETRONAS Memulakan Penghantaran Bahan Api Kapal Terbang Lestari (SAF) Pertama Di Malaysia

WorldSpace
12 Sep 2025 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PETRONAS menjadi syarikat pertama di Malaysia memulakan penghantaran bahan api kapal terbang lestari atau Sustainable Aviation Fuel (SAF) campuran tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). SAF yang dihasilkan oleh PETRONAS digunakan oleh Malaysia Aviation Group (MAG).

image is not available

SAF yang ditawarkan kepada MAG ini diadun sendiri di fasiliti milik PETRONAS dengan ia melepasi standard Pensijilan Kelestarian & Karbon Antarabangsa (ISCC) dan memenuhi keperluan Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon untuk Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).

image is not available

Projek menghasilkan SAF oleh PETRONAS ialah pelaburan strategik jangka panjang untuk membina keupayaan dalaman dalam teknologi, infrastruktur dan pembangunan bakat. Bahan api ini akan digunakan dalam penerbangan harian MH2 dari Kuala Lumpur ke London antara 1 hingga 16 September 2025.

Pada waktu yang sama pengenalan SAF di KLIA membolehkan KLIA mencapai Pentauliahan Karbon Lapangan Terbang Tahap 3 oleh ACI bagu menyokong usaha syarikat penerbangan untuk menyahkarbonisasikan operasi mereka.