Petrucci Berterima kasih kepada Toprak.

10 Sep 2025 • 10:27 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Danilo Petrucci kini sah menyertai pasukan BMW WorldSBK bagi musim 2026, menggantikan Toprak Razgatlioglu yang bakal berhijrah ke MotoGP. Dalam satu kenyataan selepas perlumbaan pusingan Perancis baru-baru ini, Petrucci meluahkan rasa terima kasih kepada Toprak atas kepercayaan dan cadangan yang membuka jalan buatnya kembali ke jentera kompetitif.

Toprak, juara dunia WSBK 2021 dan bintang utama BMW ketika ini dikatakan mencadangkan sendiri nama Petrucci kepada pengurusan pasukan sebagai pengganti terbaik selepas pemergiannya. BMW tidak menunggu lama untuk bertindak dan akhirnya mengesahkan kemasukan Petrucci sebagai pelumba tetap mereka bagi musim hadapan.

Petrucci atau lebih dikenali sebagai Petrux, membawa bersama pengalaman luas daripada MotoGP dan WSBK serta reputasi sebagai pelumba berdisiplin dan konsisten. Pemilihannya dilihat sebagai langkah bijak untuk mengekalkan prestasi BMW di barisan hadapan WSBK walaupun kehilangan pelumba utama seperti Toprak.

“Saya amat berterima kasih kepada Toprak atas sokongan dan cadangan beliau. Ia sangat bermakna buat saya,” ujar Petrucci ringkas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved