Toprak Razgatlioglu ke MotoGP 2026: Antara Harapan dan Risiko

3 Sep 2025 • 9:52 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Perpindahan Toprak Razgatlioglu ke MotoGP pada musim 2026 kini menjadi perbualan hangat dalam dunia sukan permotoran. Bintang Turki yang menakluk WorldSBK itu akan menyertai pasukan Pramac Yamaha, sekali gus menjadi antara kemasukan paling dinantikan ke kelas perdana. Namun, tidak semua pihak bersetuju dengan langkah ini.

Carlo Pernat, pengurus ternama dari Itali, lantang menyuarakan kebimbangannya. Katanya, Toprak mungkin terburu-buru.

“Secara peribadi, saya akan menasihati Toprak untuk menangguhkan setahun lagi. Persoalannya, adakah pada 2026 dia akan menunggang Yamaha yang masih versi lama, atau prototaip baharu yang disiapkan untuk 2027? Saya harap dia mendapat jaminan seperti yang diterima Fabio Quartararo,” jelas Pernat kepada media.

Kekeliruan utama terletak pada jadual pembangunan Yamaha. Adakah Toprak akan mewarisi jentera peralihan atau sudah mendapat sentuhan awal enjin V4 baharu yang bakal mengubah DNA jenama Iwata? Lebih rumit lagi, Toprak akan beralih daripada tayar Pirelli yang menjadi keistimewaannya di WorldSBK kepada Michelin pada 2026, sebelum MotoGP sendiri bertukar semula kepada Pirelli pada 2027. Perubahan berganda ini pasti menguji proses adaptasinya.

Sementara itu, Yamaha kini berisiko. Fokus besar diberikan kepada pembangunan enjin V4 yang dijadual debut di GP San Marino bersama pelumba ujian, Augusto Fernandez. Akibatnya, pembangunan M1 semasa seakan terhenti, menimbulkan persoalan dalam paddock.

Walau apa pun, kedatangan Razgatlioglu tetap menjadi berita baik buat peminat. Gaya tunggangannya yang penuh aksi dan menghiburkan menjanjikan tontonan luar biasa. Namun, masa depannya penuh tanda tanya. Adakah ini permulaan gemilang di MotoGP, atau satu perjalanan yang dipenuhi ranjau?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Reddit