
Kota Kinabalu: Petugas perubatan dan kesihatan digesa supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan profesional kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan yang wujud.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, ini selaras dengan pendekatan Malaysia Madani yang berteraskan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi pemacu kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang maju.
“Penekanan juga harus ditumpukan kepada kualiti kerja berpasukan supaya lebih cekap, berkesan, proaktif, dinamik dan produktif.
“Sentiasa bersedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab serta komited untuk mencapai matlamat Kementerian dan negara.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Niat murni kerajaan perlu ditanam dalam jiwa setiap individu, kerana setiap penjawat awam adalah jentera utama kerajaan untuk menyampaikan hasrat kepada rakyat,” katanya.
James berkata demikian ketika merasmikan persidangan Borneo Emergency Medicine and Trauma Service (Borneo EMTS) Solidarity Triumphant 2023 di sini.
Teks ucapannya dibacakan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas beliau, Dr Jeremiah Daniel.
Menurut Adun Sugut itu, keberkesanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat mencerminkan keberkesanan kerajaan dalam menyelami jiwa rakyat.
“Itu tanggungjawab kita yang perlu dilaksanakan selagi kita bergelar penjawat awam. Kita mesti bekerjasama dengan Kerajaan untuk memenuhi kehendak dan keperluan rakyat,” jelasnya.
“Tema persidangan ini iaitu Odyssey: Learn From The Past, Preparing for the Future, amat sesuai untuk pengisian aktiviti sepanjang tiga hari ini.
“Terima kasih kerana melibatkan penceramah terpilih daripada komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai kepakaran berbeza dalam penjagaan kesihatan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan pandangan mereka.
“Kami mahu peserta menimba ilmu daripada pengetahuan dan pengalaman penceramah bagi melengkapkan diri dengan lebih baik untuk menghadapi sebarang cabaran yang menanti anda,” katanya.
Persidangan tersebut dimulakan dengan bengkel yang mempamerkan perkhidmatan kecemasan dari dahulu dan sekarang.
“Saya berharap program ini menjadi platform yang mengukuhkan kerjasama, berkongsi minat dalam perkhidmatan perubatan kecemasan dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk masyarakat.
“Semoga dengan komitmen dan kesungguhan semua pihak yang ditunjukkan selama ini, menjadi dasar yang kukuh untuk memastikan matlamat, visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia tercapai,” katanya.
James menambah, sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk kesihatan di negeri ini, beliau akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dalam sebarang usaha yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia demi kesejahteraan rakyat.
“Saya mengucapkan terima kasih atas jemputan ke persidangan ini dan berharap semua peserta mendapat manfaat daripadanya. Saya juga berharap ia dapat dilaksanakan semula pada tahun-tahun berikutnya agar lebih ramai ahli berpeluang untuk menyertai persidangan seumpama ini,” jelasnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


