Petugas SUKMA kontinjen Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung

15 Aug 2026 • 4:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Petugas SUKMA kontinjen Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung
Polis menerima panggilan pada jam 7.35 malam memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas kenderaan dipandu mangsa terbabas di hadapan Tongkang 10, Sungai Besar. Gambar hiasan

SABAK BERNAM - Seorang petugas pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas kenderaan dipandunya terbabas di Sungai Besar, Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.35 malam memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas kenderaan itu terbabas di hadapan Tongkang 10, Sungai Besar.

"Mangsa berusia 49 tahun dan bertugas sebagai pemandu khidmat awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Bharu yang membawa pasukan atlet SUKMA Kelantan menyertai pertandingan catur di daerah itu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Md Yusof berkata, bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, SUKMA Selangor menerusi Instagram rasminya memaklumkan Syahizad Mohd Zahari ialah staf JPS Kelantan dan juga petugas Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan.

Kejadian berlaku semasa Allahyarham yang turut berperanan sebagai bapa angkat kepada kontinjen Kelantan dalam perjalanan menjemput atlet catur di Sabak Bernam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved