
SABAK BERNAM – Kematian seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik jabatan itu di Tonggak 10, Sungai Besar, di sini, disahkan berpunca akibat serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mangsa berusia 49 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terbabas di lokasi itu, kira-kira pukul 7.35 malam tadi.
Jelasnya, siasatan mendapati lelaki tempatan itu bertugas sebagai pemandu khidmat awam di JPS Kota Bharu, Kelantan.
“Mangsa membawa pasukan atlet Kelantan menyertai Sukma bagi sukan catur di Sabak Bernam. Tiada sebarang unsur jenayah dan bedah siasat hospital mendapati punca kematian akibat serangan jantung,” katanya petang ini.
Kosmo! semalam melaporkan bomba menerima panggilan berhubung pintu sebuah kereta Nissan X-Trail milik JPS yang terkunci dan telah dibuka orang awam. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu SUV JPS maut serangan jantung appeared first on Kosmo Digital.






