Petugas zoo diserang buaya di hadapan orang ramai

7 Sep 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Petugas zoo diserang buaya di hadapan orang ramai

PORT MORESBY: Seorang petugas berdepan detik cemas apabila diserang  buaya di sebuah zoo di Papua New Guinea, dalam kejadian ngeri yang dirakam menerusi satu video tular pada petang Sabtu.

Rakaman video tersebut menunjukkan petugas berkenaan berada dalam keadaan separuh tenggelam di dalam kolam sambil kaku tidak bergerak.

Buaya berkenaan mencengkam kemas kakinya dengan rahang yang kuat. Seorang pe­ngunjung yang ketakutan merakamkan detik ngeri berkenaan.

“Dia (petugas zoo) membawa ayam itu ke pagar, kemudian buaya tersebut menyerang mangsa dan cuba menariknya masuk ke dalam kolam.

“Kami tidak dapat membantu ketika itu, tetapi saya berjaya menghubungi St John Ambulance (organisasi pertubuhan cemas).

“Pengawal keselamatan tidak mempunyai senjata api, tetapi memberikan sebatang besi kecil kepadanya untuk digunakan sehingga polis dan St John Ambulance tiba,” kata seorang pengunjung, Gibson John. 

Jeritan dan suara cemas kedengaran daripada orang ramai yang berkumpul menyaksikan kejadian ngeri itu tanpa mampu berbuat apa-apa.

Pasukan perkhidmatan kecemasan dipanggil ke lokasi kejadian dan polis menembak buaya tersebut.

Petugas itu akhirnya diselamatkan daripada gigitan haiwan pemangsa tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Am 3 Mile untuk me­nerima rawatan. – AGENSI

 

The post Petugas zoo diserang buaya di hadapan orang ramai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved