Saya pandai bertutur bahasa Melayu Sarawak hanya dalam tempoh dua minggu belajar – Aufa Hanie

LocalEntertainment
7 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya pandai bertutur bahasa Melayu Sarawak hanya dalam tempoh dua minggu belajar – Aufa Hanie

PETALING JAYA: Penyanyi, Aufahanie, mendedahkan dia hanya mengambil masa dua minggu untuk memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu Sarawak selepas mempelajarinya menerusi bantuan rakan-rakannya di negeri berkenaan.

Aufahanie atau Nur Aufahanie Mokhtar, 23, berkata, dia mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Melayu Sarawak selepas dia tidak memahami langsung makna daripada video pempengaruh dari Sarawak, Ain Suhada, yang lalu di media sosialnya.

“Ada satu masa, saya buka Tiktok dan video pempengaruh dari Sarawak terkenal pada masa itu, Ain Suhada, lalu di FYP saya. Saya tengok video dia, langsung saya tidak faham apa yang dia kata.

“Jadi, saya mula belajar bahasa Melayu Sarawak dan sekarang saya sudah pandai cakap Sarawak,” katanya ketika ditemu bual oleh Era Sarawak.

Menurut peserta Big Stage Musim 5 ini, dia sering kali bertutur bahasa Melayu Sarawak bersama rakan-rakannya di sana.

“Saya cari kawan-kawan di Sarawak dan saya cakap Sarawak dengan mereka dan saya dengar juga perbualan mereka.

“Dalam masa dua minggu sahaja saya sudah pandai cakap Sarawak,” katanya ringkas.

Untuk rekod, Aufahanie memulakan kerjaya seninya menerusi rancangan realiti televisyen, I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 sebelum menempa nama sebagai penyanyi profesional melalui solo pertamanya, Geming Jiwa dan penyertaan dalam program Big Stage Musim 5.

The post Saya pandai bertutur bahasa Melayu Sarawak hanya dalam tempoh dua minggu belajar – Aufa Hanie appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved