PGA serbu 'makmal' proses ketum

LocalPolitics
27 Feb 2025 • 1:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PGA menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai 'makmal' memproses air ketum di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas pada Rabu.

image is not available
Hasil pemeriksaan di lokasi telah menjumpai 119 bungkus air ketum yang sudah diproses.

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai 'makmal' memproses air ketum di Kampung Bunut Susu di sini pada Rabu.

Dua lelaki berusia 26 dan 37 tahun turut ditahan semasa penugasan Op Taring Wawasan kira-kira jam 6 petang itu.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi telah menjumpai 119 bungkus air ketum yang sudah diproses.

"Rampasan dianggarkan bernilai RM6,770 dan kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Suspek dan barang rampasan di bawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran air ketum dari terus berleluasa di sempadan negara.