PGA serbu 'port' ketum

LocalPolitics
23 Feb 2025 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjadi 'port' ketum semasa penugasan Op Taring Wawasan di Kampung Telaga Lanas, Tumpat pada Sabtu. Foto PGA

TUMPAT - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjadi 'port' ketum semasa penugasan Op Taring Wawasan di Kampung Telaga Lanas, di sini pada Sabtu.

Serbuan jam 2 petang itu, berjaya menahan seorang lelaki, 51, positif dadah jenis methamphetamine bagi bantu siasatan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi terbabit telah menemukan tiga botol serta lima bungkus air ketum.

"Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek dan barangan rampasan dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tumpat untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved