PGA tahan 641 pendatang tanpa izin di sempadan Malaysia-Thailand

19 Jul 2026 • 7:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PGA tahan 641 pendatang tanpa izin di sempadan Malaysia-Thailand
Ahmad Radzi. Foto Bernama

KOTA BHARU - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 641 pendatang tanpa izin termasuk 134 wanita menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ia melibatkan rakyat dari 10 negara dengan warga Myanmar merekodkan jumlah tertinggi iaitu 428 orang termasuk 106 wanita.

"Selain itu mereka terdiri daripada 73 warga Bangladesh, Indonesia (39 orang), Thailand (38 orang), China (21 orang), India (19 orang), Nepal (16 orang), Vietnam (empat orang), Pakistan (dua orang) dan Nigeria (seorang),” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ahmad Radzi berkata, kejayaan itu hasil risikan dan operasi berterusan Briged Tenggara PGA dalam membanteras kemasukan pendatang melalui laluan berisiko di sempadan.

Beliau berkata, anggota di lapangan sentiasa memantau sebarang pergerakan dan aktiviti mencurigakan bagi menangani kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia termasuk mereka yang bergerak dalam kumpulan kecil. - Bernama

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved