Pengasas Network School Tangguh Rancangan Pelaburan Di Malaysia – “Kami Tidak Mempunyai Apa-Apa Untuk Disembunyikan”

LocalBusiness & Finance
17 Jul 2026 • 12:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pengasas Network School, Balaji Srinivasan, baru-baru ini, mengumumkan keputusan untuk menangguhkan semua rancangan pelaburan baharu syarikatnya di Malaysia.

Keputusan drastik ini dibuat berikutan kontroversi tercetus selepas satu akaun media sosial tanpa nama mendakwa syarikat tersebut melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Advertisement

Dakwaan tidak berasas, menjejaskan keyakinan pelabur

Menerusi hantaran di platform X, Balaji menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang tidak berasas dan lebih membimbangkan, beliau memaklumkan bahawa beberapa rakan pelabur serta eksekutif syarikat teknologi antarabangsa yang dibawa beliau ke Forest City, Johor kini turut mengambil pendekatan sama dengan menangguhkan pelaburan masing-masing.

Menurut beliau, tindakan ini diambil sehingga pihaknya memperoleh jaminan daripada pihak berkuasa bahawa insiden seumpama ini tidak akan berulang dan tidak lagi menjejaskan iklim pelaburan asing di negara ini.

Network School

Kredit Foto/Sinar Harian

Balaji menjelaskan bahawa kemelut bermula sehari sebelum Pilihan Raya Negeri Johor pada 11 Julai lalu, apabila akaun media sosial tanpa nama (MP4P) memuat naik hantaran di Instagram yang secara palsu menuduh Network School melindungi PATI.

Tuduhan itu mencetuskan kekecohan sehingga mendorong pihak berkuasa hadir ke kampus mereka pada 14 Julai untuk menjalankan siasatan.

Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan rapi ke atas ratusan pasport fizikal milik individu dari 40 negara, pihak berkuasa akhirnya mengesahkan pada 15 Julai bahawa semua dokumen perjalanan adalah sah.

Beri kerjasama penuh

pengasas network school

Sepanjang proses siasatan, Balaji menegaskan bahawa pihak mereka memberikan kerjasama sepenuhnya.

Beliau turut meluahkan kekesalan kerana walaupun dakwaan tersebut terbukti palsu, proses siasatan itu sendiri telah memberi kesan buruk kepada reputasi syarikat.

anwar ibrahim2026-07-15 15:46:58

(Network School) : Kerajaan Akan Usir Segera Rakyat Isr*el Miliki 'Dual Pasport' - PMX

The post Pengasas Network School Tangguh Rancangan Pelaburan Di Malaysia – “Kami Tidak Mempunyai Apa-Apa Untuk Disembunyikan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved