PH guna semula bendera lama untuk PRN Melaka – “Kami tak sekaya parti lain”

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 5:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan mengguna semula kira-kira 10,000 bendera parti yang pernah digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan untuk menghadapi PRN Melaka.

Image from: PH guna semula bendera lama untuk PRN Melaka – “Kami tak sekaya parti lain”

Menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, bendera berkenaan kini telah dihantar ke pusat operasi mereka sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi pilihan raya negeri susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan bahan baharu, malah membantu mengurangkan pembaziran serta memberi manfaat kepada alam sekitar.

“Pusat operasi kami menerima kira-kira 10,000 bendera Pakatan Harapan yang boleh digunakan semula.
“Bendera ini sebelum ini digunakan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, dan kini diteruskan penggunaannya di Melaka,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Image from: PH guna semula bendera lama untuk PRN Melaka – “Kami tak sekaya parti lain”

Khoo turut secara berseloroh mengakui PH mungkin tidak mempunyai sumber kewangan sebesar parti lain, namun penggunaan semula bendera dilihat sebagai satu pendekatan yang lebih praktikal dan tidak membazir.

“Kami mungkin tidak sekaya parti lain, tetapi kita boleh kurangkan pembaziran dan jaga alam sekitar,” tambahnya lagi.

Beliau turut menyertakan mesej ringkas, “Guna semula, kurangkan pembaziran” sebagai penegasan terhadap pendekatan tersebut.

Sebelum ini, penggunaan semula bahan kempen selepas sesuatu pilihan raya turut dilakukan oleh parti politik lain sebagai langkah mengurangkan pembaziran dan penggunaan sumber.

Artikel lain: PRN Melaka: Runding atau tak, PH tetap sedia hadapi! Terpulang rakyat buat pilihan – Adam Adli

Pembubaran DUN Melaka hari ini membuka laluan kepada PRN Melaka, dengan semua parti kini mula membuat persiapan masing-masing bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Sumber: Facebook Khoo Poay Tiong

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved