PRN Melaka: PH dijangka umum calon lebih awal - Azman Abidin

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 6:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: PH dijangka umum calon lebih awal - Azman Abidin
Azman Abidin

ALOR GAJAH - Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan PH membuat persiapan lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memuktamadkan calon yang akan bertanding.

"Kali ini kita lebih bersedia untuk menamakan calon," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, di sini hari ini.

Beliau berkata, proses pemilihan calon akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk dimuktamadkan dengan mempertimbangkan senarai yang dikemukakan oleh cabang, pimpinan negeri dan akar umbi.

Terdahulu, Azman menyertai program itu di DUN Kuala Linggi dengan menziarahi tujuh penerima termasuk seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak dan tidak dapat bekerja selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya

Program itu turut menyampaikan sumbangan tunai daripada Jabatan Perdana Menteri, selain bantuan susulan seperti kerusi roda atau sokongan lain sekiranya diperlukan dan layak.

Beliau berkata, program Ziarah Kasih merupakan antara aktiviti yang dijalankan Pejabat Setiausaha Politik dan akan diteruskan di beberapa kawasan lain di seluruh Melaka, termasuk di Parlimen Jasin minggu depan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved