PRN Melaka: Tak sekaya parti lain, PH guna bendera kitar semula

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Tak sekaya parti lain, PH guna bendera kitar semula
Bendera PH yang digunakan ketika PRN Johor dan Negeri Sembilan akan digunakan untuk PRN Melaka pula.
Image from: PRN Melaka: Tak sekaya parti lain, PH guna bendera kitar semula
Poay Tiong turut sama menurunkan bendera dari lori.
Image from: PRN Melaka: Tak sekaya parti lain, PH guna bendera kitar semula
Pusat operasi DAP Melaka menerima kira-kira 10,000 bendera Pakatan Harapan yang boleh digunakan semula.

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) mula membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menerima kira-kira 10,000 bendera parti yang dikitar semula untuk digunakan bagi ‘memerahkan’ negeri bersejarah ini.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, bendera berkenaan sebelum ini digunakan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum diteruskan penggunaannya di Melaka.

**media[3656341]**

Menurutnya, langkah itu adalah usaha PH mengurangkan pembaziran selain menjaga alam sekitar.

“Pusat operasi kami menerima kira-kira 10,000 bendera Pakatan Harapan yang boleh digunakan semula.

“Bendera ini sebelum ini digunakan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, dan kini diteruskan penggunaannya di Melaka.

“Kami mungkin tidak sekaya parti lain, tetapi kita boleh kurangkan pembaziran dan jaga alam sekitar,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.

**media[3656343]**

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa Rabu bagi memberi laluan kepada PRN Melaka.

Pada PRN Melaka ke-15, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Setakat ini, belum ada mana-mana parti memuktamadkan kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka ke-16.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved