PH Johor Umum 10 Tawaran Utama, Janji Bawa Perubahan Untuk Rakyat

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 3:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PH Johor Umum 10 Tawaran Utama, Janji Bawa Perubahan Untuk Rakyat

PH Johor Umum 10 Tawaran Utama, Janji Bawa Perubahan Untuk Rakyat

Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini mengumumkan 10 tawaran utama menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang membawa tema “Johor Untuk Semua” dengan fokus memastikan kemajuan negeri dapat dinikmati seluruh rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, manifesto itu menawarkan hala tuju jelas untuk membina Johor yang lebih makmur, inklusif dan seimbang.

Menurut beliau, pencapaian pelaburan Johor yang kini melebihi RM110 bilion perlu diterjemahkan kepada manfaat yang lebih menyeluruh termasuk peluang pekerjaan bergaji tinggi, pemilikan rumah mampu milik serta pengurangan kos sara hidup.

“Johor kini mencatat pelaburan melebihi RM110 bilion, namun manfaatnya mesti diterjemahkan kepada peluang pekerjaan bergaji tinggi, rumah mampu milik dan kos sara hidup yang lebih baik.

“Sebanyak 10 tawaran utama serta lima inisiatif pencetus perubahan diperkenalkan sebagai komitmen membina Johor yang lebih makmur dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Baca juga:

Antara tawaran utama yang diumumkan PH termasuk perlindungan kesihatan sehingga RM100,000 setahun, bantuan RM8,000 untuk rumah pertama serta dana khas sebanyak RM500 juta bagi golongan muda Johor.

Selain itu, PH turut berjanji membina 80,000 rumah mampu milik, menyediakan internet Gigabit untuk semua sekolah dan memperuntukkan RM1 bilion menerusi Dana PKS serta usahawan Johor.

Dr Zaliha berkata, manifesto itu turut memberi penekanan kepada sektor agromakanan dengan menjadikan Johor sebagai pengeluar utama negara selain memacu industri bernilai tinggi.

Katanya, PH juga menyasarkan masa menunggu di pintu sempadan dapat dikurangkan sehingga 50 peratus serta mewujudkan 250,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan bermaruah.

Beliau berkata, semua tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha PH untuk membawa perubahan yang benar-benar dapat dirasai rakyat Johor.

“Ini adalah ikhtiar Pakatan Harapan untuk membawa perubahan yang sebenar kepada rakyat.

“Ayuh bersama memilih kerajaan yang berintegriti, berwibawa dan berpandangan jauh demi memastikan Johor terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved