PH kekal 21 kerusi setakat ini, sebarang perubahan diputuskan pimpinan gabungan - Fahmi

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 11:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PH kekal 21 kerusi setakat ini, sebarang perubahan diputuskan pimpinan gabungan - Fahmi
Fahmi Fadzil - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) setakat ini kekal bertanding di 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan pimpinan gabungan itu.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, PH akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang telah diumumkan.

"Kita telah umumkan 21 kerusi. Sekiranya ada apa-apa perubahan, kita serah kepada pimpinan untuk umumkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Deepavali Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park@Pantai Dalam, malam ini.

Beliau berkata PH akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan dan keupayaan gabungan itu sendiri, selain mengambil kira faktor strategik dan taktikal dalam menentukan penyertaan pada PRN berkenaan.

"Kita tahu esok ada beberapa parti lain yang akan umumkan calon-calon mereka. Itu hak mereka, tapi kita buat pertimbangan atas dasar perkiraan kemampuan dan keupayaan Pakatan Harapan sendiri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan PH bakal menambah tiga kerusi untuk ditandingi pada PRN berkenaan, dengan PKR mendapat satu kerusi tambahan, manakala Amanah memperoleh dua lagi kerusi.

Perkembangan itu jika dimuktamadkan akan menyaksikan jumlah kerusi yang ditandingi PH meningkat kepada 24 berbanding 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved