PH mungkin bertanding PRU16 guna logo masing-masing

LocalPolitics
21 Nov 2026 • 6:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PH mungkin bertanding PRU16 guna logo masing-masing

 

KUALA KANGSAR – PKR tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain berpandangan cadangan itu wajar dipertimbangkan pucuk pimpinan gabungan berkenaan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, cadangan itu wajar diberi perhatian dan diperhalusi, mengambil kira pengalaman menghadapi beberapa pilihan raya sebelum ini serta realiti dan suasana politik semasa.

Menurut beliau, kemenangan dalam pilihan raya bukan hanya bergantung penggunaan logo, sebaliknya turut ditentukan oleh strategi politik, rekod perkhidmatan, pendekatan kepada rakyat dan pemilihan calon.

“Saya tidak nafikan ada kewajaran dan juga pertimbangan yang khusus untuk kita menilai semula strategi dan pendekatan.

“Perkara ini perlu diperhalusi oleh pucuk pimpinan, kerana untuk memenangi pilihan raya bukan hanya sekadar soal logo, tetapi merangkumi keseluruhan aspek termasuk strategi politik, perkhidmatan, pendekatan kita dan soal calon sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Hari Bertemu Komuniti dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Belajar, di Pejabat Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas, di sini hari ini.

Muhammad Kamil berkata demikian ketika mengulas cadangan supaya parti komponen PH, termasuk PKR, DAP dan Amanah menggunakan logo masing-masing pada PRU akan datang, berbanding satu logo gabungan.

Beliau berkata PKR mempunyai pengalaman menggunakan logo parti sendiri dalam pilihan raya sebelum ini dan perkara itu tidak pernah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi.

“Keadilan (parti) sudah hampir 30 tahun di sini dan kita tengok dalam mana-mana pilihan raya pun tidak ada isu, malah sebelum ini pun kita pernah menggunakan logo Keadilan.

“Bahkan logo Keadilan itu pernah melakar sejarah, apabila logo Keadilan itulah telah memenangkan PH pada 2018,” katanya.

The post PH mungkin bertanding PRU16 guna logo masing-masing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved