PH nilai semula strategi selepas PRN Johor untuk hadapi PRN Negeri Negeri Sembilan - Amirudin

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PH nilai semula strategi selepas PRN Johor untuk hadapi PRN Negeri Negeri Sembilan - Amirudin
Amirudin (tengah) ketika sidang akhbar PH di Skudai pada Sabtu.

JOHOR BAHRU – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dijadikan panduan oleh Pakatan Harapan (PH) bagi memperkemaskan strategi menghadapi PRN Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.

Pengarah Jentera PRN PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, parti itu akan meneliti secara menyeluruh corak pengundian serta faktor yang mempengaruhi keputusan PRN Johor sebelum merangka pendekatan lebih berkesan.

Menurutnya, PH akan kembali ke 'war room' bagi mengenal pasti kelemahan, isu yang timbul dan menyusun semula strategi untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Jangkaan kita adalah untuk mengekalkan pentadbiran di bawah Pakatan Harapan di Negeri Sembilan. Kita mempunyai rekod pentadbiran yang baik dan yakin Datuk Seri Aminuddin Harun mampu meneruskan pentadbiran negeri.

"Keputusan Johor ini akan kita nilai semula bagi memperkukuhkan gerak kerja di Negeri Sembilan. Esok saya akan berbincang mengenai calon-calon, khususnya daripada PKR, dan pada 14 Julai dijangka senarai calon PH akan diumumkan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Informasi PH di Skudai.

Beliau berkata, PH juga akan meneliti setiap saluran mengundi dan lokaliti bagi memahami perubahan pola sokongan serta menyesuaikan strategi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 ditetapkan pada 1 Ogos 2026, dengan hari penamaan calon pada 18 Julai 2026. Pilihan raya ini akan mempertaruhkan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada PRN Ogos 2023, BN-UMNO menang 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh lima kerusi.

PH pula menguasai 17 kerusi menerusi kemenangan 11 kerusi oleh DAP, lima kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu kerusi oleh Parti Amanah Negara (Amanah).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved