PH Sabah nafi laporan kaitkan Musa Aman

Politics
16 Sep 2023 • 2:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan berita mengaitkan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (gambar) dengan PH Sabah.

Kenyataan media yang dikeluarkan PH Sabah pada Jumaat menjelaskan bahawa laporan berita tular dalam media sosial bertajuk “Musa Aman akan ketuai PH Sabah?” telah menimbulkan kekeliruan kepda rakyat.

“PH Sabah amat terkejut dengan laporan berita itu yang telah tular dalam media sosial dan menimbulkan kekeliruan serta kerisauan rakyat.

“Pakatan Harapan Sabah secara sebulat suara menafikan perkara ini dan ianya tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Harapan Sabah,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pakatan Harapan Sabah mengambil pendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak yang berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbangkan, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan Pakatan Harapan Sabah.

Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Harapan Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincang perkara ini termasuk halatuju PH Sabah menjelang pilihan raya negeri yang bakal diadakan nanti.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh pemimpin-pemimpin PH Sabah iaitu Pengerusi PH Sabah Datuk Christin Liew, Presiden Upko Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PKR Sabah Datuk Sangkar Rasam, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon dan Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.