PRN Melaka: Runding atau tak, PH tetap sedia hadapi! Terpulang rakyat buat pilihan – Adam Adli

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 3:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, ketiadaan rundingan rasmi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) setakat ini tidak menjejaskan kesiapsiagaan PH untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, setiap parti mempunyai hak untuk menentukan bentuk kerjasama yang akan dijalin menjelang pilihan raya, namun PH sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi sebelum ini.

“Memang kena sentiasa bersedia sebab rundingan atau tak rundingan itu pilihan masing-masing.
“Setiap parti ada hak untuk buat keputusan. Kalau kita bersaing di semua kerusi yang ditandingi pun tidak jadi isu kerana kita memang sebelum ini pun macam itu juga,” katanya, hari ini.

Image from: PRN Melaka: Runding atau tak, PH tetap sedia hadapi!  Terpulang rakyat buat pilihan – Adam Adli

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, persaingan politik menjelang PRN Melaka tidak seharusnya menjejaskan hubungan dan keharmonian masyarakat di negeri itu.

Katanya, sepanjang lebih tiga tahun pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH telah memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri.

Image from: PRN Melaka: Runding atau tak, PH tetap sedia hadapi!  Terpulang rakyat buat pilihan – Adam Adli

Mengulas pendekatan PH menghadapi PRN berkenaan, Adam Adli berkata, parti itu mahu mengetengahkan politik yang lebih disenangi masyarakat dan tidak lagi terikat dengan sentimen lama yang menggambarkan parti tertentu tidak mampu bekerjasama atau mewakili kepentingan masyarakat secara keseluruhan.

Beliau berkata, perkara lebih penting dalam persaingan politik adalah memastikan rakyat terus mendapat manfaat.

“Terpulang kepada rakyat dalam membuat pilihan dan kita sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya negeri akan datang dengan semangat yang baharu,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved