Photoguard Mempertahankan Gambar Daripada Dimanipulasi Oleh AI

TechnologyDigital
28 Jul 2023 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita hidup di zaman kecerdasan buatan (AI) generatif boleh menjana imej palsu yang nampak seperti gambar asli. Ia sudahpun mendatangkan isu fitnah serta privasi dirompak. Photoguard ialah perisian yang dibangunkan oleh penyelidik di MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory (CSAIL) yang boleh mempertahankan gambar daripada dimanipulasi oleh AI.

image is not available

Gambar yang ingin dikongsi ke atas talian perlu dimasukkan ke dalam Photoguard terlebih dahulu. Ia kemudian “diimunisasi” secara digital supaya apabila dimasukkan ke dalam perisian AI, imej yang terhasil akan mempunyai pelbagai kecacatan. Menurut pembangun Photoguard, imej yang diproses menggunakan perisian mereka ini akan mempunyai hingar yang tidak boleh dilihat oleh mata kasa manusia.

image is not available

Tetapi apabila diproses oleh AI, hingar ini mengakibatkan ia tidak dapat mengenalpasti apakah yang sedang dilihat. Oleh itu apabila cuba menjadi imej palsu, imej yang mempunyai kecacatan akan dihasilkan.

Pembangun mengatakan sistem Photoguard masih boleh dipinta sekiranya model AI yang lebih kompleks dihasilkan. Tetapi untuk waktu ini ia adalah antara perisian yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri daripada menjadi mangsa fitnah menggunakan AI. Bagi yang ingin mencuba Photoguard boleh dimuat tuurn menurut laman GitHubnya.