Piala ASEAN FIFA: FAM tuntut penjelasan perubahan ‘masa tambahan’

LocalFootball
2 Oct 2026 • 9:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: FAM tuntut penjelasan perubahan ‘masa tambahan’

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri apabila mempersoalkan perubahan tempoh masa tambahan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh pada saingan Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Pada perlawanan yang menentukan juara Kumpulan A itu, masa tambahan aksi Indonesia menentang Bangladesh yang pada awalnya dipaparkan selama dua minit kemudian berubah kepada tujuh minit.

FAM memandang serius perkara berkenaan dan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas serta prosedur yang membawa kepada perubahan tersebut.

Menurut FAM, pengurusan masa permainan merupakan elemen penting bagi memastikan setiap perlawanan berlangsung secara adil, telus dan mengikut peraturan pertandingan.

“FAM ingin menegaskan bahawa pengurusan masa perlawanan merupakan aspek penting dalam memastikan setiap perlawanan berlangsung secara adil, telus dan selaras dengan peraturan pertandingan yang ditetapkan.

“FAM turut berpandangan bahawa perkara ini wajar diberikan perhatian sewajarnya memandangkan perlawanan tersebut melibatkan persaingan untuk menentukan kedudukan akhir Kumpulan A, sekali gus memberi kesan kepada penentuan pasukan yang layak ke final.

“Justeru, FAM menggesa FIFA supaya menjalankan penelitian terhadap insiden berkenaan dan memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan yang dibuat oleh pegawai perlawanan, termasuk sama ada perubahan tempoh masa tambahan tersebut telah dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, FAM menegaskan permohonan tersebut bukan cubaan untuk mempertikaikan keputusan perlawanan atau pencapaian mana-mana pasukan.

Sebaliknya, ia bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi mengenai proses dan prosedur pengadilan supaya persoalan yang timbul dapat diperjelaskan dan tidak menimbulkan kekeliruan.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura 6-0 manakala Indonesia pula meraih dua jaringan pada masa kecederaan untuk menang 9-2 ke atas Bangladesh. – KOSMO! ONLINE

The post Piala ASEAN FIFA: FAM tuntut penjelasan perubahan ‘masa tambahan’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved