Piala ASEAN FIFA: Indonesia penghalang Harimau Malaya

LocalFootball
31 Jul 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: Indonesia penghalang Harimau Malaya

PENGENDALI interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui skuad negara berdepan cabaran sukar apabila diundi menentang tuan rumah, Indonesia dalam Kumpulan A pada Piala ASEAN FIFA 2026 yang bermula 24 September depan.

Menurut Cheng Hoe, tiada perlawanan mudah buat anak-anak buahnya pada kejohanan berprestij yang diadakan buat julung kalinya itu, tetapi berjanji pasukan bakal membuat persiapan rapi nanti.

Cheng Hoe berkata, skuad Sang Garuda yang tampil sebagai tuan rumah itu adalah salah satu pencabar terhebat dalam kumpulan terbabit yang turut dihuni oleh India dan Singapura.

“Ini satu cabaran yang bagus untuk kita bertanding pada kejohanan ini. Dalam masa sama, kita tahu yang Indonesia adalah salah satu pasukan terkuat dalam kumpulan itu.

“Kita juga tidak dapat memandang rendah Singapura yang sedang dalam persiapan untuk Piala Asia. India juga dalam kumpulan ini dan saya lihat Indonesia adalah pasukan pilihan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Skuad negara ketika ini sedang memberikan fokus pada aksi Piala ASEAN 2026 selepas selamat tiba di Bangkok semalam untuk menentang Thailand di Stadium Rajamangala, malam esok.

Sebagai rekod, Piala ASEAN FIFA 2026 menjadi ‘jenama’ pertandingan terbaharu di bawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas diumumkan Presidennya, Gianni Infantino tahun lalu.

Apa yang membezakan kejohanan ini dengan Piala ASEAN anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) adalah ia dilangsungkan pada jendela rasmi antarabangsa sekali gus memberi peluang untuk pasukan mengumpul mata ranking lebih tinggi.

Berdasarkan format awal yang didedahkan, sebanyak 16 pasukan bakal bersaing terdiri daripada Divisyen 1 dan Divisyen 2 berdasarkan kedudukan ranking negara masing-masing.

Tiada aksi separuh akhir akan berlangsung dengan juara setiap kumpulan akan layak ke final manakala naib juara akan berentap untuk perebutan tempat ketiga.

The post Piala ASEAN FIFA: Indonesia penghalang Harimau Malaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved