Piala Dunia FIFA 2026: RTM Perkukuh Keselamatan RTMKLIK, Tangkis Akses Luar Negara Guna VPN

16 Jun 2026 • 11:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkukuh infrastruktur keselamatan digital pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif serta memastikan pelaburan dalam industri kreatif negara terus terpelihara.

Menurut RTM, langkah itu dilaksanakan melalui pemantauan berterusan dan penambahbaikan teknikal bagi menjamin kestabilan platform serta memberikan pengalaman tontonan yang lebih optimum kepada pengguna.

RTM turut menegaskan komitmennya sebagai pemegang hak siaran rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, dengan memastikan perkhidmatan siaran dapat dinikmati secara lancar oleh penonton tempatan selain mematuhi syarat pelesenan dan hak penyiaran yang ditetapkan.

Image from: Piala Dunia FIFA 2026: RTM Perkukuh Keselamatan RTMKLIK, Tangkis Akses Luar Negara Guna VPN

Dalam masa sama, RTM mengambil maklum laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 melalui penggunaan rangkaian persendirian maya (VPN) dari luar negara menerusi platform RTMKLIK.

“Sebagai pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, RTM komited memastikan perkhidmatan ini dapat dinikmati dengan lancar oleh penonton tempatan serta mematuhi syarat pelesenan dan hak penyiaran yang ditetapkan,” kata RTM dalam kenyataan sama.

Image from: Piala Dunia FIFA 2026: RTM Perkukuh Keselamatan RTMKLIK, Tangkis Akses Luar Negara Guna VPN

RTM turut menghargai keprihatinan serta kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklum balas yang membantu meningkatkan mutu perkhidmatan penyiaran negara.

Sumber: FB RTM – Radio Televisyen Malaysia

The post Piala Dunia FIFA 2026: RTM Perkukuh Keselamatan RTMKLIK, Tangkis Akses Luar Negara Guna VPN appeared first on Borak Daily.