Piala Dunia: Kanada pesta gol belasah Qatar 6-0

FootballSports
19 Jun 2026 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Piala Dunia: Kanada pesta gol belasah Qatar 6-0
Jonathan David tampil sebagai wira utama apabila menyempurnakan tiga jaringan dalam perlawanan penuh dominasi tuan rumah. Foto: Agensi

PENYERANG Kanada, Jonathan David, mencuri tumpuan apabila meledak hatrik di laman sendiri sekali gus membantu skuad The Canucks membelasah Qatar 6-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia 2026 di Stadium BC Place, awal pagi tadi.

Ia juga merupakan kemenangan pertama Kanada di pentas Piala Dunia.

Jonathan David tampil sebagai wira utama apabila menyempurnakan tiga jaringan dalam perlawanan penuh dominasi tuan rumah, selain mencatat sejarah sebagai pemain Kanada pertama menjaringkan hatrik di laman sendiri dalam saingan Piala Dunia.

Perlawanan mula berubah seawal minit ke-33 apabila Qatar terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas seorang tonggak mereka dilayangkan kad merah susulan terjahan keras yang disemak semula menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kanada yang mendapat sokongan padu penyokong sendiri tidak menunggu lama untuk menghukum lawan, apabila serangan bertali arus mereka terus membolosi benteng Qatar yang jelas bergelut sepanjang perlawanan.

Walaupun Qatar cuba bertahan, tekanan berterusan Kanada akhirnya membawa kepada pesta gol besar yang menutup perlawanan dengan keputusan 6-0.

Kemenangan bergaya itu meletakkan Kanada dalam kedudukan selesa dalam kumpulan, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk melangkah lebih jauh dalam kempen Piala Dunia kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved