Piala Dunia: Skuad hoki wanita negara tamatkan saingan di tangga keenam

28 Jan 2024 • 12:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara terpaksa berpuas hati menutup kempen Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di kedudukan keenam selepas tewas 4-8 kepada Uruguay dalam aksi penentuan kedudukan kelima dan keenam di Muscat, Oman, semalam.

Empat gol skuad negara disumbang Zati Alyani Muhamad Zubir (4’ dan 19’) serta Nur Zafirah Aziz dan Nurul Safiqah Mat Isa masing-masing pada minit keenam dan ke-25.

Uruguay berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi enam jaringan Teresa Viana (1’ 8’ 16’ 23’ 24’ dan 25’) serta Manuela Vilar dan Florencia Penalba masing-masing pada minit ketiga dan ke-20.

Pengendali skuad hoki 5s negara, Nabil Fiqri Mohd Noor menyifatkan anak buahnya telah memberikan persembahan terbaik pada pentas kejohanan tertinggi yang disertai mereka walaupun terpaksa menerima hakikat tewas pada Uruguay pada perlawanan penentuan berkenaan.

“Mereka menunjukkan satu persembahan yang baik dan bertenaga untuk memberi satu pertahanan yang hebat kepada pasukan Uruguay namun kami terima hakikat pasukan Uruguay lebih mendominasi dan mengambil peluang memastikan kemenangan milik mereka.

“Namun prestasi yang ditampilkan (pemain) sepanjang kejohanan ini berlangsung menunjukkan peningkatan daripada pertama hingga klasifikasi kelima dan keenam jadi saya sebagai jurulatih kebangsaan amat gembira,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved