Sanggup Jual Moto Untuk Tengok Malaysia Beraksi Di Piala Asia, Ini Kisah Abang Rambut Perang, Derrick Gan

Entertainment
27 Jan 2024 • 3:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Saingan Piala Asia untuk skuad negara telah pun tamat di peringkat kumpulan baru-baru ini. Walaupun kita tidak layak ke peringkat seterusnya, keputsan seri 3-3 ketika bertemu pasukan ranking ke-23 dunia, Korea Selatan sudah cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Tular di media sosial dalam minggu ini selepas dikhabarkan seorang penyokong skuad Harimau Malaya yang terbang dan menyaksikan sendiri perlawanan antara Malaysia dan Korea Selatan menjual motosikalnya. Derrick Gan, telah menjual motosikal miliknya bagi menampung pembiayaian beliau ke Qatar.

Sebuah stesen radio tanah air telah menemubual Derrick melalui panggilan telefon bagi mengetahui cerita sebenarnya. Ikuti perkongsian Derrick dalam video @era.je dibawah.

image is not available

 

Peminat sejati

Siapa sangka tindakan untuk menjual motosikal untuk tengok sendiri perlawanan Malaysia di pentas Piala Asia menjadi cukup bermakna. Bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk semua peminat yang sanggup berbelanja demi melihat skuad kebangsaan beraksi.

image is not availableTak kira apa jua latar belakang, walau berlainan bangsa dan agama sekalipun, sukan menyatukan rakyat Malaysia. Tahniah untuk semua yang menyokong pasukan negara kita baik di Qatar dan juga di Malaysia.

image is not availableItulah min geram juga. Muka nampak gangster dengan rambut pacak tu. Tapi sebenarnya kelakar juga Derrick ni ye.

image is not availableBetul. Tak ramai yang sanggup jual harta benda untuk tengok real game. Apa yang Derrick ini lakukan memang layak untuk diberi pujian.

image is not availableMungkin lepas ni mana-mana stesen radio atau tv boleh temu ramah makcik yang berdoa tu sekali. Nak tahu gak pengalaman makcik tu tengok bola dekat stadium. Kita yang dekat mamak dan rumah ni pun cukup nervous, entah apa lah pulak yang makcik tu rasa kan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.